add here

Isnin, 8 Oktober 2018

Fruits Pastry Cake

Assalamualaikum,
salam sejahtera buat semua.
semoga Allah memberi kita keberkahan. kesihatan dan kekuatan yang baik dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba dan manusia di muka bumi ini.

memang agak lama dan jenuh juga nak mencipta kerajinan untuk update new entry dalam blog .
tapi alhamdulillah harini Allah izinkan maka ia terjadilah. (tak tahu mimpi apa)

ok. utk sharing kalini. saya nak kongsi resepi kek viral.
(viral lama dah) kita saja baru ada masa nak buat. maklumla nak buat kek kek viral ni kadang kadang tak terkejar dengan masa dan ketika yang ada.
jadi harini dengan semangat kerajinan yang membara . terjadilah FPC ni dan terupdate juga entry di blog ini.

resepi asal sy peroleh dari blog kak azlita masam manis. kak azlita refer resepi dari blogger terkenal juga. jadi sy follow dan menderhaka sedikit dengan beberapa olahan mengikut kesesuaian bahan yang sedia ada di kedai. 😂


FRUITS PASTRY CAKE
Resepi Asal : Rima

BAHAN - BAHANNYA :
1) 100 gm unsalted butter *saya guna pure butter anchor 
2) 160 gm gula castor ( kek rasa kurang manis kalau jenis yg suka manis boleh ikut resepi asal 200g )
3) 50 gm sour cream atau boleh guna yogurt ( sy guna plain yogurt) 
4) 3 biji telur A
5) 1 sudu teh esen vanilla
6) 1 biji orange - parut kulitnya aje ( resepi asal lemon ) saya takpakai sebab tak ada 😂
7) 210 gm tepung gandum
8) 1 s/t baking powder
9) 500 gm buah-buah citrus ( strawberry, blueberry, peach, resberry dll)


CARA - CARA :
  • Tepung satukan dengan baking powder dan ayak ( ada orang letak sikit tepung jagung, cth dia kurangkan 20 gm  sukatan tepung gandum + dengan 20 gm tepung jagung)  . saya tak letak tepung jagung, jadi terpulang nk letak atau tidak. pastikan nisbahnya sama saja, jangan terlebih atau terkurang sudahlah.
  • Buah-buah tu pula kita potong  kalau yang besar, cuci bersih dan toskan, lepas tu gaul dengan 20 gm gula atau 2 sudu besar gula. 
  • Kalau guna buah dari dalam tin, basuh buah tu dan toskan -tak perlu letak gula sebab buah tin lebih manis. InsyaAllah tak tenggelam buah nya tu dalam adunan kek.
  • Dalam mixer, putar butter , sour cream dengan gula hingga putih dan gebu
  • Masukkan telur satu persatu dan terus putar
  • Adunan akan jadi becah atau berbintil-bintil (itu normal)
  • Masukkan vanilla dan kulit orange dan terus putar
  • Tutup mixer, Masukkan tepung dan kaup balik rata
Adunan akan jadi pekat 
  • Tuang dalam loyang 8 inc yang dilapik kertas dan oleskan butter. saya buat dalam packaging yang lebih kecil, jadi bahagikan adunan jangan sampai penuh cukuplah 3/4 dari bekas yang digunakan. 
  • Taburkan buah-buahan atas adunan tadi.
  • bakar dalam oven pada suhu 170C selama 45 - 1 jam atau sehingga adunan masak sempurna dan permukaan atasnya golden brown.
  • Masa bakar tu bergantung pada oven, kalau oven kecil 45 minit dah cukup, cucuk lidi kat tengah untuk pastikan kek telah di masak sempurna
RESEPI CUSTARD SAUCE 

395g Susu Segar
3 s/b Tepung kastard
256g Air
150g Gula

Satukan Air dan Tepung kastard sampai larut bersamanya, (supaya tak berketul ketika masak)
masukkan dalam susu segar dan gula.
masak dengan api sederhana sehingga sos pekat. 
sedia untuk dihidang. 





4 ulasan: