Sabtu, 3 Disember 2016

CONTEST "ILOVECRUPCRUP"


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semuanya. 
CONTEST "ilovecrupcrup"
Win FREE FULL SET ORIGINAL OPPO NEO7 SMARTPHONE!! 1stprize
& Rm200 hadiah saguhati 

How to JOIN?
1. SELFIE with ANY SIZE/FLAVOUR #chocosweetiescrupcrupn NAMPAK dengan jelas #chocosweetiescrupcrup, gambar yang clear dan tidak menipu product!
Boleh beli direct with agent di
"Chocosweeties.com"

2. Caption
ILOVE CRUPCRUP KERANA.... (tidak melebihi 100 patah perkataan)
WAJIB ADA
#chocosweetiescrupcrup #ilovecrupcrup

3. LIKE & FOLLOW @chocosweetiescrupcrup_official (IG) & TAG PICTURE SELFIE ANDA @chocosweetiescrupcrup_offical & KAWAN2

*PASTIKAN IG TIDAK PRIVATE SELAMA CONTEST BERLANGSUNG.!

--------------------------------
"Kratiria2 pemenang"
🌟 Pemenang utama akan dipilih berdasarkan voting like gambar selfie anda di ig official kami. jadi taq seramai mana rakan anda dan pastikan mereka like gambar selfie anda untuk memenangi hadiah utama contest ini.

🌟SLOGAN yang terbaik bakal mendapat rm100.00 sebagai hadiah. Buat slogan cun dan mencairkan. Pihak hq akan menapis yang terbaik shj sebagai pemenang.

🌟5 pemenang yang berikut nya dipilih berdasarkan kreativiti peserta dalam mengambil gambar, slogan dan tagging.
Hadiah - rm20.00
dan 3 botol #triplec

THE MORE YOU GET "LIKEs" FROM YOUR FRIENDS, The more chances you have to WIN!!
CONTEST Ends : 31 December 2016

SELAMAT MENCUBA!! 😍
#contestilovecrupcrup #ilovecrupcrup #happyanniversarytriplec
#syukuralhamdulillah #chocojar #giveawaymalaysia#anniversarymonthofchocosweeties

Jumaat, 11 November 2016

" CAKE BOOK CONVOCATION "



Hai assalamualaikum dan salam sabtu.
buat apa cuti minggu ni,? sebuk berjalan atau relax santai saja dirumah ?
abang minggu ni sebuk skit dengan class dan beberapa kerja kedai yang perlu diselesaikan.
nama pun kerja kan. ha..ha.

Dalam kesebukan yang melampau tu ada juga beberapa koleksi kek yang tak sempat diupdate dan dikemaskini di blog, jadi sementara ada kelapangan ni meh abg share sikit apa yang ada.
selamat mencuci mata.

Kek buku ini ditempah oleh cust biasa abg Cikgu Salwa utk dijadikan Kek gimik perasmian di hari CONVOCATION preschool mereka .
contoh gambar yang diberi pada awalnya merunsingkan dan takut tak dapat memenuhi citarasa dan permintaan cust. tapi ALhamdulillah semuanya berjalan lancar. kek selesai dan disukai cust.
kek ni berat hampir 15kilogram dengan ditutupi keseluruhan fondant dan kek coklat moist didalamnya.










 *gambar ikhsan cust hehe
terima kasih kak atas ordernya. semoga berjumpa di order kek akan datang. haha :)

Selasa, 4 Oktober 2016

UPIN & IPIN BIRTHDAY CAKES

HAI semua..
selamat pagi dan assalamualaikum.
semoga kita didalam keadaan sihat dan bersemangat hendaknya.
harini abg nak share kek yang mempunyai peminat yang sgt ramai.
walaupun tempahan kek ni tidak selalu ada, tapi abg maklum ramai yg minat karaktor animasi popular upin & ipin ni kan?

tak kira la anak anak ke, mak mak ke, bapak bapak ke, sebab cartoon animasi ni sudah melekat dengan jiwa dan budaya kita di malaysia.





Kek ni diorder khas oleh shiela untuk anak sedara beliau .
kata shiela anak sedara nya suka sgt dgn figurine fondant upin ipin ni.
fuhh lega abg dengarnya. haha
Tq shiela  :)

Ahad, 11 September 2016

KEK MINGGU INI

HAI ..
Assalamualaikum.
SELAMAT MENYAMBUT EIDULADHA buat semua muslimin dan muslimat di seantara dunia,
Alhamdulillah segala puji bagi Allah atas kurniaan nikmat iman dan islam sehingga saat dan detik ini,

da selesai korban harini?
kalau sudah jom abg belanja sikit kek kek tempahan minggu ni,
kami tahun ni tak balik beraya di kampung, jadinya lepas solat Hari Raya makan makan keluarga dan rileks rileks saja,
tu curi masa sekejap kita update blog utk share kek kek tempahan minggu ni,

alhamdulillah minggu yang sangat padat dengan macam macam jenis kek,


CAPTAIN AMERICA CAKE






MICKEY MOUSEE BIRTHDAY CAKE









BIRTHDAY CAKE 3 TINGKAT 







BROWNIES 





DIDI & FRIENDS BIRTHDAY CAKE












CHOCOLATE INDULGENCE CAKE 




Khamis, 1 September 2016

SOLDIER BIRTHDAY CAKE

Assalamualaikum ,
salam jummuah mubarakah .
nak share kek ASKAR yang ditempah khas oleh cikgu mardiah utk anaknya KAPTEN IRSYAD.
kek ini di ilhamkan sepenuhnya oleh adik IRSYAD sendiri.
dia membuat satu lakaran kek penuh dengan siap aksesori lengkap KEK YANG DIINGININYA.

buat pertama kali abg realisasikan kek khas rekaan dri empunya kek.
ada sedikit penambah serian pada kek untuk diolah menjadi sebuah kek yang di impikan beliau.

Terima Kasih buat kak sepet atas ordernya.
semoga Irsyad menjadi anak yang soleh. berbakti kepada ibu bapa dan taat kepada suruhan AGAMA. :)




Hello Kitty Cake





Assalamualaikum dan selamat malam semua,
Allah, sungguh rindu untuk berbloging itu ada dan masih kuat dalam diri,
cumanya masa yang Allah pinjam kan dewasa ini sangat padat.
penuh dengan tanggungjawab dan amanah pelanggan yang memenuhi tempahan.
apa apa pun Syukur Alhamdulillah, masih diberi kepercayaan dan dokongan sepenuh jiwa dan raga oleh teman-teman dan pelanggan2 semua.

jadinya dimalam yang penuh bertuah dan barakah ini ingin la abg kongsikan sedikit dari beberapa koleksi tempahan tempahan kek yang ada beberapa minggu juga bulan yang lepas. haha.
nampak sangat blog ni bersawang . maklumle setahun sekali update! haha








Sabtu, 16 April 2016

Kek Durian Gojes

Assalamualaikum & salam hujung Minggu semua. 

Bila musim DURIAN menjelma kita biasa terasa nak makan sampai muntah berlambak lambak durian kan, mencari kepelusuk dunia , 
bila dapat ngap tu puas dia fuhh masyaALLAH ,,
kalini kita buat kan kek yang bukan saja ada inti durian FRESH, 
bahkan siap ada SEULAS Durian sekali terus atas tu, 
bila letak baru rasa  tak sabar nak ngap! 

jemput jamu gambo ya :)