Selasa, 7 Oktober 2014

RESEPI MUFFIN CHOCOLATE CHIPS SEDAP


Assalamualaikum dan selamat malam semua, 
semoga sehat sehat belaka antum ya, 
berhabuk sarang lebah campur anai anai, campur busut dan segala macam haiwn ternakan pon ada dalam blog aku ni. 
bezaman tak update atas kekangan masa dan sifat kemalasan yang melampau. 
sebenarnya kalau rajin boleh je..
tapi penyakt malas tu yang lebih banyak dari rajin. wakaka...

ok. harini hari rajin aku, nak share resepi muffin yang aku ada dan memang febret aku dri cik mat gebu ni. bnyak sebenarnya resepi muffin yang ada dekat google tu beribu ribu.., banyak juga yang aku da cuba, tapi yang ni je sangkut dan sesuai dengan kesukaan kehendak dan ketulusan jiwa aku, 
TULUS ke? hahaha...

Apa apa pon, "Cik mat" izinkan hamba berkongsi resepi yang ada, hamba panjangkan kepada saudara juga kerabat sahabat hamba yang tak berapa nak ramai tpi ada la juga. wahahha...
moga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.. 
jom try buat. mudah cepat dan senang.  

Bismillahirrahman niRRAhiem.. 


Resepi Muffin Chocolate Chips Ringkas dan Mudah. 

Resepi Asal : Noreen U.k 
Sumber : Cik Mat Gebu

(1 Adunan ni boleh dapat dalam 11-12 biji Muffin, bergantung saiz cup yang diguanakan)

Bahan Disatukan Dan Diayak:-
250 g tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
2 camca besar serbuk koko

Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:-
250 ml susu segar
90 ml minyak sayur/jagung
1 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla

Bahan Lain:-
175 g gula halus
150 g chocolate chips
50 g chocolate chips, utk hiasan

Cara membuatnya:-
  1. Dalam satu bekas, satukan bahan2 diayak bersama gula halus dan 150 g chocolate chips, gaul rata. Tuang bahan2 yang dikacau rata dan gaul hingga semua sebati dan mesra.
  2. Sudukan bancuhan muffin tadi ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn taburan coklat chips, buat hingga siap
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180Cm selama 18 - 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Sesuai untuk minum petang bersama keluarga...

sedikit la tips, ceh bertips aku, macam power. haha..
1) Muffin ni xpayah guna mixer nak pukul, telur tu pon pukul pakai sudu je, (cara aku) kalau macam nak best sikit pakai Handwhisk ...lepas tu gaul dan sebatikan tepung guna spatula ,jangan over mix, cukup sekadarnya dia sebati dan bergaul rata... aku da pernah guna mixer, dia naik cantik tpi nnti dia turun balik waktu sejuk, 

2) Jangan nak memandai lebih2 kan adunan, maksudnya nak tambah skit sikit sukatan yang di beri tu..dulu aku mula mula menggatal lebih lebih kan susu, konon nanti dia lagi lembut la gebu la, sekali jadik batat n keras, xlembut, 

3) Pastikan makan muffin yang da siap buat ni guna MULUT bukan TELINGA. hhahahah. gurau saja. 


sekian perkongsian hari ini, semoga memberi manfaat kepada semua, 
InsyaaAllah jumpa next Entry, tak tahu la bila agaknya. wakaka. 

Assalamualaikum dan Selamat malam. :)