Ahad, 15 Jun 2014

Resepi Kek Lapis Indonesia @ Lapis Legit




Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Fuhh. Setelah berbulan2 dan hampir setahun guwe xberupdate blog ni akhirnya dtg juga kerajinan untuk update something yg boleh dikongsikan bersama.

Dengan keadaan ramadhan yg bakal tiba..
biskut2 raya juga semua dalam pembikinan..
baju raya.. dan semuanya la dalm persediaan..
tak ketinggalan jugalah makanan rasmi yg wajib ada di bulan syawal bg sarawakian.
Kek lapis yg memang sinonim dtg asalnya dri sarawak.. juga pro n pakar2 resepi nya juga dtgnya dri sana...

so dengan keizinan yang ada.. aku pun cuba cuba la menjinakkan diri dlam pembikinan kek lapis ni.
Dasarnya, bila tengok resepi dri pelbagai sumber, memang menakutkan.
Yela dengan cara melapis.. masa yg lama..
Bahan2 dia..
Nampak leceh dan rumit.
Tpi bila da cuba sekali dan jadi ..
rasa mcm ada saka dalam Kek Lapis ni.
Macm nak buat hari2.. hahaa.
xpercaya? Ha cubalah korang try buat sekali.
Resepi rujukan ak memang dari kak1@citarasawan tu.
Tpi kalau try google bnyak je lagi pakar2 blogger masakan yg post resepi kek lapis rempah ni... macam mat gebu.. kak azlita.. kak dayang.. dllg.
Aku ni budak sethun jagung je dlam blogging.
Xsetaraf langsung dengan pengalaman mereka yg sudah terlalu lama dalam bidang ini.
Apa apa pon. Niat hanya ingin berkongsi..
Salah silap haraf dimaafkan ya... ;)


Rujukan asal : Kakwan_Citarasawan
Kek Lapis Indonesia/ Lapis Legit

Bahan A :
450gm Mentega
150gm gula Kastor
20bj Kuning Telur
5sudu Makan Susu Pekat Manis
1sd teh esen vanilla
1sd teh pewarna kuning telur

Bahan B :
150gm Gula Kastor
6bj Putih telur
1/2sd teh serbuk krim of tartar

Bahan C :
220grm Tepung Hongkong
2sd teh serbuk rempah campuran
1/2sd teh serbuk kayu manis
1sd teh serbuk penaik

Loyang 8x8' dialas dengan kertas minyak pada dasarnya



Cara-Cara :
1) Bahan A : Satukan Mentega , Gula Kastor, Susu pekat manis dan esen vanilla dalam mangkuk adunan. pukul adunan dengan kelajuan tinggi sehingga berkrim.
2) Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji dan pewarna kuning sambil dipukul hingga sebati dengan kelajuan sederhana. kemudian ketepikan.
3) Bahan B : di dalam bekas lain, pukul putih telur gula dan cream of tartar hingga kembang dan bertanduk.
4) Bahan C : Masukkan adunan putih telur sedikit demi sedikit sambil dikaup bali hingga adunan sebati
5)ambil satu cawan adunan dan ratakan dalam tin pembakar (ini dalam resepi asal )
aku buat pakai senduk, selayer dalam 2 senduk macm tu. terpulangla masing masing nak buat macm mana.
bakar dengan api atas bawah selama 10 minit atau sehingga kek bewarna perang
6) Cucuk permukaan kek dengan garpu.(ni pon aku x buat. sebb nnti kek macam ada lubang2) hehe.
aku cuma tekan lapisan dengan penekan kek supaya kek rata dan tiada angin setiap lapisan itu nanti..
sapukan permukaan kek dengan sedikit marjerin menggunakan berus kek.
untuk lapisan kedua dan seterusnya, bakar menggunakan api atas sahaja. ulangi proses ,melapis sehingga adunan habes.
Akhir sekali tutup tin pembakar dengan kertas aluminium. bakar semula dengan api atas bawah selama 15 minit supaya kek masak sepenuhnya.

Selamat mencuba :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan