Sabtu, 28 Disember 2013

Wedding Cake 18` In The House!





Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. 
alhamdulillah hari berganti hari..
masa terus berlalu dengan pantas.
sedar atau tidak sedar. kita bakal melangkah ke TAHUN baru yang bakal tiba within 2 days. 

rasa macam baru semalam habis SPM.
baru nak main-main pusing2 kampung naik motor.
baru nak enjoying LIFE..
nak huha huha dengan member..
rasa mcm baru daftar masuk U.
Baru nak rasa LIFE student U.
dan lain lain rasa lagi...








namun masa itu terlalu pantas berlalu.. berlalu dan terus berlalu. 
takut aku untuk menghitung umur bukan kerna risau ketuaan. tpi risau akan AMALAN yg ada. 
mudah-mudahan kita bersama menghitung umur juga amalan yg ada. 
agar sentiasa bermuhasabah kepada dri yg berhak kepada HAKNYA.. 



ok cukup bertazkirah berjela2. haha.
kembali kepada cerita ENTRY harini. 
harini punya cerita KEK PERKAHWINAN yg paling besar pernah aku buat untuk setahun tak berapa nak jagung dlm dunia pembakeran ini. haha.walaupon kegugupan itu besar..berkat kekuatan dan kepercayaan atas kemampuan aku gagahi juga. and ALHAMDULILLAH segalanya berjalan lancar. 
berat nak keluar masuk oven tak payah cerita la.. kalau da kek chocolate moist yg padat tu memang HAVOC berat dia. hoho.

ALHAMDULILLAH. ia memuaskan atas kejadiannya. 
ak hanya berasa puas apabila pelanggan menikmati kepuasan yang sama. 
usaha itu bagiku berbaloi.. :)

Selamat Pengantin Baru Syaqira & Erwin. 
Semogaberkekalan berpanjangan ke Akhir Hayat.

#Thanks So Much Atas kepercayaan berlipat ganda kepada kami untuk merialisasikan impian kek Kawen kalian. 
1 set Wedding Cake
1 set Hantaran Cake . Walla. 




Ahad, 22 Disember 2013

Cheese Chocolate Moist Crunchy Cake.


Assalamualaikum geng. kabare?? waras??
mudah2an dibawah lindung rahmat dan redho Allah sentiasa.

setelah sekian lama x berkesempatan untuk meluangkan masa berblogging, aku cuba juga curi2 masa untuk post something new dlm blog kitak ini.

nak mengelak bersawang sawang yg menutup pintu gua kan. so kene ada la kadang2 post entry. ;)

okay. sebelum aku mula merapu jauh lagi,

lets back to the main topic.
aku nak share resepi baru aku cuba lately, dri sifuku DAPURKAZU yg selalu menjadi tempat rujukan aku secara diam. (^_^).
tpi aku rasa, bukan aku saja, mungkin beratus ribu followers dia dlm diam jugak yg dah berjaya. cuma ALLAH shj tahu angka dan bilangan itu. :) dengan keihklasan yang dia ada untuk berkongsi resepi2nya.
so faedahnya berjuta2 orang merasai. so aku secara dengan rendah diri nya juga ingin berkongsi bersama walaupun rasa macam da kuno sikit, *org lain da cuba resepi ni sikit punya berzaman* hahaa..

sebelum nak bg resepi ni, suka aku memaklumkan, nama asal dia dri KAKZU, Cheese Chocolate Moist Cake (CCMC) tpi aku ubah sebb nak bg nampak crunchy sesuai rasa dia, hahaha. sorry kak derhaka skit untuk part nama tu :)


sikit view point yg aku boleh ulas tentang cake ni.



  • Rasa dia.. pergh memaang sedap tahap 5 bintang. 
  • gabungan mantap cheese masam2 sikit tu dengan necf yg pahit juga choc manis2 kelat sgt INDAH dan tak terkata keenakanNYA. 
  • plak tu based cake ada lapisan rangup lemak2 masin. walaweh wei SEDAP TERAMAT!!
  • RUGI besar kalau ada yg x nak cuba. series rugi besar.!
kalau macam malas nak buat, boleh order je dgn aku. ( -__- ) sempat menyelit iklan. hahaa






so nilah resepinya  :

Sumber : DAPURKAKZU
Di Olah : ChocoSweeties Bakery 

CHEESE CHOCOLATE MOIST CRUNCHY CAKE (CCMCC)

Lapisan Bawah :

180g Tiger Biscuits
110g Butter
  • Hancurkan biskut Tiger tu, boleh guna secara modern mahupun secara tradisional, aku buat nak cepat, nak bland ni lambat, masuk dlm plastik, lapis 3plastik lepas tu hempuk dengan batu lesung. ha, HANCURLUMAT, haha 
  • Cairkan butter dan satukan dengan biskut yang hancur tadi.
  • tekan mampat2 dalam loyang jgan samapai ada ruang. kalau nak pakai Tupperware pon boleh. simpan dalam peti sejuk sekejap semtara siapkan lapisan ke-2
Lapisan Ke-2 :

250g Cream Cheese, boleh guna apa2 jenama. ikutla masing2. 
120g Castor Sugar/Icing Sugar.(krgkan kalau nak kurg manis)
150g Whipping Cream
*1tbsp Gelatin Halal
* Air secukupnya. (bahan * kacau sebati)

  • Biarkan Cheese disuhu bilik. biarkan maksudnya keluarkan dri peti ais. biar sampai lembut sikit. bukan nampak je suhu BILIK pg bawak simpan dlm BILIK . hahaha. 
  • Dah lembut putar dengan gula sampai kembang.
  • Masukkan whip.Cream 
  • Then, masukkan Gelatin yang da dikacau sebati tadi. 
  • da siap, baru tuang atas lapisan biskut yg disejukkan tadi, masukkan semula ke refg dlm masa 1-2 jam atau sehingga keras. bergantung kekuatan peti ais masing2. ada tu 5 mint masuk da beku macam batu. hahahha..

Lapisan ke-3 :

300g Whip.Cream
1tbsp Gelatin, buat mcm lapisan kedua, air secukupnya kacau sebati. (60ml) pon ok.
50g Cocoa Powder + 100g Icing Sugar (satukan dgn air suam 1/2 cwn, macm pes)
1tbsp Nesc + 1 1/2 tbsp air panas (Optional) nak letak boleh x letak pon boleh. 

  • Putar Whip.Cream sehingga Softpeak 
  • Satukan Kesemua bahan dengan kaedah kaup balik
  • Then tuanglah keatas lapisan cheese tadi perlahan2. simpan didalam refg sehingga keras. 

Lapisan ke-4 (terakhir) :

lapisan ni lapisan Ganache. boleh tgok SINI untuk resepi dan car2nya. 
da siap buat GANACHE. bg sejuk skit bru tuang atas lapisan ke3 tadi. 
dan simpan la didlam refg selama 8jam sekurang2 nya. 

kenapa lama sgt. ?? 8jam Tu..
eh ikut hangpa la nak brpe lama pon. 
nak sehari ka..2 hari ka.. sejam ka..sebulan ka. haha.
ceq ikut sifu shj. dia kata 8jam so 8 jamla. (gurau2 saje..kehkeh)

eloknya macm tu. untuk buat dia betul2 sedap, texture dia cantik je untuk dipotong nanti. 
so Selamat mencuba Geng!