Rabu, 23 Oktober 2013

Chocolate Moist Cake Kukus AUUMmm


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera .
happy evening yob,

ptg2 hening yang redup macm ni memang sedap makan2 ringan macam goreng pisang ke..

cekodok ke.. pengat ke.. dengan air teh o plak. auuumm. .. haha..

ok back to the topic,

Chocolate moist cake kukus aumm..
harini aku nak kongsi salah satu febret resepi aku lately..
sebb resepi ni dah lama da dlm collection, cume xpernah try,
saje lah nak try kan ituari..

sekali .. auuummm rasa dia.. lembut dia.. moist dia.. lembab dia.. pergh memang sedap.

resepi ni ak dpt dri Chef zubaidah., yg biasa dekt tv1 dulu2 tu.so semantara kerajinan nak update blog bersawang ni,
meh share resepi chocolate moist ni.
dlam resepi dri chef zu dia bakar.
aku buat 22, tpi ak refer kukus, sebb dia lagi lembab.
bkar pon lembab,  tpi tepi2 dan luar kek agak kering skit.. hahaha bakarkan,. so, normalla.. :)
terpulangla dekat korang samada nak kukus ke nak bakar ke ok...


Resepi by : Chef Zubaidah
Sumber    :  My Resepi 

Bahan-Bahan

  • 100gm serbuk koko**
  • 1 tin susu  cair**
  • 200gm minyak masak/minyak sayuran/butter cair**
  • 250gm susu pekat**
  • 250gm gula kastor - kalau nak kurangkan manis, kurangkan la 
  • 4 biji telur 
  • 150gm tepung gandum
  • 1st soda bikarbonat
  • 1st baking powder


Cara-Cara

  1. Campurkan kesemua bhn bertanda ** dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak
  2. Satukan telur dengan gula dan pukul dgn mixer sampai gebu. pukul sampai betul2 gebu, putih cantik..
  3. Gaulkan bhn2 kering (tepung,soda,baking) & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
  4. Masukkan bahan yang bertanda ** yang dimasak dengan api perlahan tadi, dan putar dgn kelajuan sederhana,
  5. Masukkan ke dalam loyang, aku buat saiz 8` bulat  yg di lapik & minyakkan. @ guna shj kertas minyak. 
  6. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  7. Cover kan loyang dengan alumunium Foil untuk elak dari kena air kukusan nnti.
  8. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing @ ganache.


 untuk ganache atau topping boleh cek SINI, ak ada post rsepi seblum ni. 

SEDIKIT TIPS, 

  • Jangan asyik bukak kukusan semasa proses pengukusan kek, nnti kek merajuk xjadi. hahaha. tggu da 1jam bru bukak cek da masak ke belum dengan cucuk pakai lidi,...kalau ada yang melekat dekat lidi, tambahkan       masa lagi, bagi dia betul2 masak yob. 
  • Api jangan besar korang, kalau x nnti jadi apam mekar kek tu nnti. ak x jamin ea. hahha.
  • Jangan masukkan terlalu bnyak adunan dlam loyang, sebb nnti dia naik gebu, takut overdose.haha. 
  • Seelok eloknya separuh dri loyang tu pon okay. .. masak pon cepat..
  • Last sekli keluarkan kek bila da betul-betul sejuk. 


Semoga berjaya, 
# satu je kesimpulan aku nak bagi, rasa kek ni memang sedap. .. series!!!, tekak aku ckp memang sedap. 









8 ulasan:

  1. mama pun tengah masak red velvet ni..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah.. sedap tu ma. redvelvet. kongsi sikit. hihi. :)

      Padam
  2. cantik kek tu, suka makan kek coklat ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks dilaella, boleh la nnti buat bila2 senang ya. x susah :)

      Padam
  3. nanti nak try la buat hehe..mesti sedap ni huhu tengok pun da terliur T.T

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat mencuba cik itah mohon dapat membantu :)
      jgn biarkan air luir tu lama2 meleleh tau, bahaya. hahah :D

      Padam