Rabu, 25 September 2013

Koleksi Resepi Chocolate Ganache


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
mcm mana hari korang harini?
mudah2an baik hendaknya la yob. :)
alhamdulillah, hari ni, nak kongsi sikit resepi2 yang aku ada untuk buat topping ganache coklat atas kek dll.
ramai yg tanya, baii, apa yg dicurah atas kek yg nampak berkilat dan likat tu ek?,
ada yg try pakai coklat masakan shj,knapa lepas kuar icebox keras ?
haha,
memang keras yob, sebb pakai coklat bulat2. hangpa kena campur2kan bahan2 lain yob.. :)

sebenarnya , itulah yg dinamakan GANACHE, bnyak variasi dan resepinya,

ha... ni aku kongsikan antara yg aku ada.
semoga berguna buatkorang semua  :)






RESIPI 1



  • 300g coklat masakan
  • 200g UHT whipping cream ( jenama Anchor adalah yg biasa digunakan )
  • 1s/b Mentega

Panaskan whipping cream atas api hingga mendidih sedikit dan matikan api.

Masukkan coklat atau korang tuang je atas coklat then kacau sebati.
lastly, masukkan mentega dan sebatikan.


RESIPI 2


  • 100g coklat masakan
  • 125ml susu segar
  • 50g mentega
  • 4s/b madu/gula

Satukan kesemua bahan yang ada dan masak dengan kaedah double boiling sehingga pekat dan berkilat.



RESIPI 3

  • 300g krim putar (whipping cream)
  • 600g coklat masakan 
  • 1/2 cawan sirap glukos/madu
  • 2s/b mentega


Panaskan whipping cream sehingga hampir mendidih. masukkan coklat dan kacau sebati.Masukkan sirap glukos- lastly masukkan mentega.



RESIPI 4 (bajet kos)

50g serbuk koko
1s/b minyak
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (mgikut manis yg disukai)

Campurkan kesemuanya,panaskan diatas api perlahan sambil mengacau hingga sebati dan likat


FootNote :-
Chocolate ganache ni boleh disimpan di luar dengan suhu bilik atau di dalam peti sejuk untuk tempoh jangka masa yang agak lama. :)
so kalau korang simpan dekat luar, pastikan ditutup dengan bekas tertutup.
mana tahu, masuk lipas ke, semut ke kan. hahaha..

knpa semua resepi ada mentega?
sebb nya, function utama mentega itu ialah, untuk mengilatkan n bg cun ganache korang.
xnak letak pon xpa, its up to u.

ok. cukup perkongsian hrini,
semoga berjaya makcik2, akak2, abg2 semua, :)

5 ulasan: