Rabu, 10 Julai 2013

Resepi Velvet Rainbow Cake Kukus



Ahlan Ya Ramadhan.
alhamdulillah masih diberi nimat kesihatan dan kehidupan untuk kita bertemu ramadhan kali ni.
Sahur x pg tadi? haaaa sahur jgn x sahur, Sunnah Mulia Nabi tu yobb.. :)

untuk harini, aku nak kongsi resepi kek yang baru aku cuba buat last day.

kek GeBu, Sedap dan kalau masuk IcebOx lagila,.. xyah cakap.. terliurrrrkkkkkk habak hang.! haha. :p
jadi. untuk harini yang bercuti tu. mak2.. kakak2... abang2.. adik2.. buleh try. simple je buat dia. xde susah mana. insyaallah semua barang tu ade dekat rumah masing2. sebb basic sources je digunakan.. :) jom tengok resepi. ::

Bahan-Bahannya :

  • 5bj telur A (Dari peti ais)
  • 250gram tepung Gandum + 1s/t Esen Vanilla
  • 150ml Susu Cair -aku lebihkan sikit.bg gebu-
  • 180gram Gula halus,-kalau jenis xpernah buat kek, campak je Gula Kasar gerigil Batu tu-haha
  • 2 S/B Susu pekat Manis- Stok xde kat Rumah, pon aku xletak, seelok2nya letakla, SEDap.. :)
  • 1 S/B ovalate
  • 1/4 s/k Garam *aku x letak, sebb rasa mcm masak lauk pauk plak bergaram bagai.
  • 128 ml Minyak Jagung * Pakai je Minyak Masak, jangan pakai minyak Rambut sudah :D
  • Esen Vanilla & Perasa2 lain. _ikut Nafsu masing2 ya.
Cara-Caranya :
  • Standbykan Pengukus dan Jerangkan Air, maksud jerang ni, ( masak air )
  • okay, aku guna Loyang round (8`) , so ikut la masing2, nak guna loyang besar mana, jgn kalut na, kalau xda loyang saiz ni, guna je loyang ape2 yang ada dirumah kalian, kalau da terdesak sgt sebb first time try kan, guna je periuk nasi elektrik tu, jadi-jadi punya .
    -loyang ni ngam2 je naik cantik dia.
  • sapu sikit mentega, rata2. pakai tangan je, cepat sikit kerja tu kan. hahaha.
  • ok Mix semua bahan2 dekat tadi, kecuali minyak jagung,.
    - tapi aku mix step by step, dlm buku resepi tu dia suruh mix semua sekli.
    - telur mix dengan gula, then masuk ovalte, bru masuk susu, then tepung dan lain2.
    - biasa buat kek memang mcm ni cara dia. so da terbiasa. nnti gebu sikit kot. haha.
  • da berkrim adunan korang, baru masuk minyak, aku x guna mixer da time ni, godok pakai spatula, golek kanan, golek kiri, dan sampai sebati. yuhaaaa..!.
  • siap! next stage, bahagikan adunan kepada 6 bahagian sama banyak. sukat la pakai penimbang,kalau x de, senduk pon boleh, aala kadar jela weh,.. :)
  • 2 adunan jgn diletakkan apa2, kosong je mcm tu, putih natural.
    yang lagi 4 tu,  letak la warna dan perasa kegemaran korang ya,
    purple ke, pink ke, hijau ke, kuning dsbginya..
  • Siap semua, go throw for the next stage,
    - masukkan 1 adunan kosong xda warna tu kedalam loyang, ratakan dan kukus selama 7-10 minit....jgn biar sampai satu jam plak, alahai gamaknya apa la jadi kek tu nnti. hahaha.
    -selesai 10minti, keluarkan dan masukkan 4 adunan warna yang kita da bahagikan tadi, tuang secara berselang seli ya, ituari aku lupa nak letak selang seli, tu la marble dia x brpa nak nice.
    masukkan balik dalam pengukus then kukus selama 15-20 minit.
    *jgn tertido weh. kek jaga tu!! haha
    - last sekali, after done 20minutes, keluarkan kek, dan masukkan adunan putih natural yang last sekali, ratakan cantik2,.. sambil goyang punggung sebab kek da nak siap .. hahaha ^_^
    kukus semula ... kali ni last kukus bg la lama sikit, 30minutes, sebb da semua adunan dimasukkan.
  • sedikit pesanan penaja, sila lah kalian tutp adunan yg nak dikukus tu dengan alumunium foil. untuk mengelakkan kek dihujani peluh2 hujan kukusan tu nanti.
    kalau xde, pandai2 la cari alternative wookk..
    aku dulu2 xde stok tu, ak potong kain pelekat baru, tutup kan alas die dengan kain pelekat. hahahaha.napkin baby pon boleh, but, please make sure, kain tu bersih yob!!
    jgan guna kain yang tgh korang pkai atau da sebulan x basuh ke, ALLAH, habesla kek oiii.. hahahahahha. gila2. ____*)

    da. siapla kek ni.
    bg sejuk sebelum potong yob, jgan kalut... relaksss.
    semoga Berjaya la membuat kek ni untuk puasa pertama ramadhan kali ni.

    Man Jadda WAjada! CAiyork!!

8 ulasan:

  1. wa... menarik kek ni.. msti sedap.. :)
    salam ramadhan.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terimakasih ayuni..
      salm ramdhan juga.. :)

      Padam
  2. alahai sedapnye... naampak gebu jek... kena try ni ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha. wajib cuba. komform puas hati!! :)

      Padam
  3. X letk baiking powder @ soda pn leh naik ke kek tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ikut resepi xpayah letak. dia memang akan naik. sebb pukul telur dan gula sampai kembang punya effect.
      tpi boleh je kalau nak try buat letak.
      xsalah pon. tpi mngkin dia naik sedkt tggi.

      Padam