Sabtu, 12 Januari 2013

Bila Mengingati Pahit Getir Permulaan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat ptg buat semua sahabat2 sekalian, 
dan2 je mood datang nak update blog hari ni,
ni sattu2 nya sebb terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya bertatih sedikit demi sedikit dalam dunia bakery ni, lenteran dri sahabat baik saya yang update hasil tangan dia yg pertama menghasilkan sebiji kek,
hahaha,
baru dia tahu susah senang membuat kek sebenarnya,

Hakikat kita ni sebenarnya selalu merasakan akan kesenangan tahap proses sesuatu perkara, ye x?
kesusahan yg sebanr xkan pernah terlintas dlam fikiran KECUALI kita yg ceburkan diri untuk mencuba dan menjadi expremintasi atas percubaan proses itu, x kira lah apa2 pun yang kita buat, semua ada susah dan senangnya,

begitu juga saya, seorang yang tiada basic dalam bidang kulinari, bakery.., cookies dan yang seangkatan  dengan nya, hanya membekalkan rasa minat, ingin tahu dan ingin cuba sehingga lah akhirnya menjadi salah satu sumber rezeki pertama saya sekarang ALHAMDULILLAh :)

Jika disingkap pengalaman pertama kali masuk BAKERY SHOP yg jual macam2 bahan buat kek tu, boleh tergelak sendiri , dek kerana teletah diri yg malu, segan akan title diri SEORANG LELAKI mencari sesuatu bahan yg SINONIM dengn prihal seorang WANITA, (ego seorang lelaki memg x leh lari pon ) haha
tentu anda lebih tahu bagaimana perasaan itu, hahaha. :)

Namun Masa membuat saya lebih mempercayai diri, juga membina keyakinan diri,... kembali kepada pepatah melayu dulu2, MALU BERTANYA SESAT JALAN, , gunakanlah nikmat yang besar ALLAH kurniakan pada kita iaitu mulut untuk berinteraksi dan bertanya apa yg sepatutnya ditanya, :)
insyaallah jika benar yg diniatkan dihati, rasa malu tidak akan muncul sebagai benteng rasa ingin tahu dan ingin mencuba kita tu :) try la kalau x percaaya,

begitulah saya sehingga hari ini, ya saya jujur katakan, setakat beberapa bulan menceburi bidang bakery ni, saya masih belum memasuki kelas2 kek sama ada kelas asas mahupun kelas tahap dewa2 tu,
saya cuba bermula dengan mencari resepi dan mencuba dan terus mencuba , kalau ditnya berapa kali nak cuba sampai jadi ... bgi saya ia dilapikkan kepada rezeki,
kadang2 sekali cuba jadi perfect terus, kadang2, 4x cuba pon x jadi2, maklumla belajar tanpa guru, :)

tapi. jauh didalam sudut hati ini ingin berguru, mempelajar teknik, menguasai dan menteliti dengan lebih terperinci dalm bidang ni, cuma MASA saya yang agak terbatas, sebagai seorang pelajar FULLTIME, dengn pelbagai tugasan2 dan hubungan2 luar yg perlu diutamakan menjadi penghalang tegar saya, Hohoho
insyaallah, akan tiba satu masa ia akan diizinkan ALLAH, kullu Biiznillahi  :)

apa apapon, semua nya adalah berkat sokongan kawan2 saya, ahli keluarga terdekat dan bestie2 saya yang x henti2 memberi semangat juga memberi nasihat yang mendorong saya sampai ketahap hari ini,
INSYAALLAH, jika kita ikhlas, ada natijah yg Terbaik allah selitkan dalam usaha kita tu, cuma, kita kadang2 x sedar :)

ps :- hakikatnya, kadang2 rasa Down juga bila usaha2 yang kita lakukan tu ad yg cube peronokasikan kearah kejatuhan , namun, harus kita SEDAR, ALLAH ada sebagai tempat yg terbaik untuk kita luahkan, serahkan kembali kepadnya, agar setiap ujian yang datang itu akan kembali sebgai anugerah yang istimewa dimasa akan datang :)


ni nak share koleksi2 kek petama saya dulu, hahaha, malu pula rasanya,
"  PRACTICE MAKE PERFECT " ingattu, :)








4 ulasan:

  1. waaa memang nampak sedap kek ni...

    ia kegagalan tu kan permulaan untuk kejayaan...

    nampaknya semua usaha awak dah dibalas.

    all the best and keep going.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waa..
      thanks _rapunzeel Cikilolo,
      betul2, tpi saya belum cukup berjaya lagi, tpi alhamdulillah, :)

      thanks again, all the best to you too.

      Padam