Sabtu, 28 Disember 2013

Wedding Cake 18` In The House!





Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. 
alhamdulillah hari berganti hari..
masa terus berlalu dengan pantas.
sedar atau tidak sedar. kita bakal melangkah ke TAHUN baru yang bakal tiba within 2 days. 

rasa macam baru semalam habis SPM.
baru nak main-main pusing2 kampung naik motor.
baru nak enjoying LIFE..
nak huha huha dengan member..
rasa mcm baru daftar masuk U.
Baru nak rasa LIFE student U.
dan lain lain rasa lagi...








namun masa itu terlalu pantas berlalu.. berlalu dan terus berlalu. 
takut aku untuk menghitung umur bukan kerna risau ketuaan. tpi risau akan AMALAN yg ada. 
mudah-mudahan kita bersama menghitung umur juga amalan yg ada. 
agar sentiasa bermuhasabah kepada dri yg berhak kepada HAKNYA.. 



ok cukup bertazkirah berjela2. haha.
kembali kepada cerita ENTRY harini. 
harini punya cerita KEK PERKAHWINAN yg paling besar pernah aku buat untuk setahun tak berapa nak jagung dlm dunia pembakeran ini. haha.walaupon kegugupan itu besar..berkat kekuatan dan kepercayaan atas kemampuan aku gagahi juga. and ALHAMDULILLAH segalanya berjalan lancar. 
berat nak keluar masuk oven tak payah cerita la.. kalau da kek chocolate moist yg padat tu memang HAVOC berat dia. hoho.

ALHAMDULILLAH. ia memuaskan atas kejadiannya. 
ak hanya berasa puas apabila pelanggan menikmati kepuasan yang sama. 
usaha itu bagiku berbaloi.. :)

Selamat Pengantin Baru Syaqira & Erwin. 
Semogaberkekalan berpanjangan ke Akhir Hayat.

#Thanks So Much Atas kepercayaan berlipat ganda kepada kami untuk merialisasikan impian kek Kawen kalian. 
1 set Wedding Cake
1 set Hantaran Cake . Walla. 




Ahad, 22 Disember 2013

Cheese Chocolate Moist Crunchy Cake.


Assalamualaikum geng. kabare?? waras??
mudah2an dibawah lindung rahmat dan redho Allah sentiasa.

setelah sekian lama x berkesempatan untuk meluangkan masa berblogging, aku cuba juga curi2 masa untuk post something new dlm blog kitak ini.

nak mengelak bersawang sawang yg menutup pintu gua kan. so kene ada la kadang2 post entry. ;)

okay. sebelum aku mula merapu jauh lagi,

lets back to the main topic.
aku nak share resepi baru aku cuba lately, dri sifuku DAPURKAZU yg selalu menjadi tempat rujukan aku secara diam. (^_^).
tpi aku rasa, bukan aku saja, mungkin beratus ribu followers dia dlm diam jugak yg dah berjaya. cuma ALLAH shj tahu angka dan bilangan itu. :) dengan keihklasan yang dia ada untuk berkongsi resepi2nya.
so faedahnya berjuta2 orang merasai. so aku secara dengan rendah diri nya juga ingin berkongsi bersama walaupun rasa macam da kuno sikit, *org lain da cuba resepi ni sikit punya berzaman* hahaa..

sebelum nak bg resepi ni, suka aku memaklumkan, nama asal dia dri KAKZU, Cheese Chocolate Moist Cake (CCMC) tpi aku ubah sebb nak bg nampak crunchy sesuai rasa dia, hahaha. sorry kak derhaka skit untuk part nama tu :)


sikit view point yg aku boleh ulas tentang cake ni.



  • Rasa dia.. pergh memaang sedap tahap 5 bintang. 
  • gabungan mantap cheese masam2 sikit tu dengan necf yg pahit juga choc manis2 kelat sgt INDAH dan tak terkata keenakanNYA. 
  • plak tu based cake ada lapisan rangup lemak2 masin. walaweh wei SEDAP TERAMAT!!
  • RUGI besar kalau ada yg x nak cuba. series rugi besar.!
kalau macam malas nak buat, boleh order je dgn aku. ( -__- ) sempat menyelit iklan. hahaa






so nilah resepinya  :

Sumber : DAPURKAKZU
Di Olah : ChocoSweeties Bakery 

CHEESE CHOCOLATE MOIST CRUNCHY CAKE (CCMCC)

Lapisan Bawah :

180g Tiger Biscuits
110g Butter
  • Hancurkan biskut Tiger tu, boleh guna secara modern mahupun secara tradisional, aku buat nak cepat, nak bland ni lambat, masuk dlm plastik, lapis 3plastik lepas tu hempuk dengan batu lesung. ha, HANCURLUMAT, haha 
  • Cairkan butter dan satukan dengan biskut yang hancur tadi.
  • tekan mampat2 dalam loyang jgan samapai ada ruang. kalau nak pakai Tupperware pon boleh. simpan dalam peti sejuk sekejap semtara siapkan lapisan ke-2
Lapisan Ke-2 :

250g Cream Cheese, boleh guna apa2 jenama. ikutla masing2. 
120g Castor Sugar/Icing Sugar.(krgkan kalau nak kurg manis)
150g Whipping Cream
*1tbsp Gelatin Halal
* Air secukupnya. (bahan * kacau sebati)

  • Biarkan Cheese disuhu bilik. biarkan maksudnya keluarkan dri peti ais. biar sampai lembut sikit. bukan nampak je suhu BILIK pg bawak simpan dlm BILIK . hahaha. 
  • Dah lembut putar dengan gula sampai kembang.
  • Masukkan whip.Cream 
  • Then, masukkan Gelatin yang da dikacau sebati tadi. 
  • da siap, baru tuang atas lapisan biskut yg disejukkan tadi, masukkan semula ke refg dlm masa 1-2 jam atau sehingga keras. bergantung kekuatan peti ais masing2. ada tu 5 mint masuk da beku macam batu. hahahha..

Lapisan ke-3 :

300g Whip.Cream
1tbsp Gelatin, buat mcm lapisan kedua, air secukupnya kacau sebati. (60ml) pon ok.
50g Cocoa Powder + 100g Icing Sugar (satukan dgn air suam 1/2 cwn, macm pes)
1tbsp Nesc + 1 1/2 tbsp air panas (Optional) nak letak boleh x letak pon boleh. 

  • Putar Whip.Cream sehingga Softpeak 
  • Satukan Kesemua bahan dengan kaedah kaup balik
  • Then tuanglah keatas lapisan cheese tadi perlahan2. simpan didalam refg sehingga keras. 

Lapisan ke-4 (terakhir) :

lapisan ni lapisan Ganache. boleh tgok SINI untuk resepi dan car2nya. 
da siap buat GANACHE. bg sejuk skit bru tuang atas lapisan ke3 tadi. 
dan simpan la didlam refg selama 8jam sekurang2 nya. 

kenapa lama sgt. ?? 8jam Tu..
eh ikut hangpa la nak brpe lama pon. 
nak sehari ka..2 hari ka.. sejam ka..sebulan ka. haha.
ceq ikut sifu shj. dia kata 8jam so 8 jamla. (gurau2 saje..kehkeh)

eloknya macm tu. untuk buat dia betul2 sedap, texture dia cantik je untuk dipotong nanti. 
so Selamat mencuba Geng!
   












Rabu, 23 Oktober 2013

Chocolate Moist Cake Kukus AUUMmm


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera .
happy evening yob,

ptg2 hening yang redup macm ni memang sedap makan2 ringan macam goreng pisang ke..

cekodok ke.. pengat ke.. dengan air teh o plak. auuumm. .. haha..

ok back to the topic,

Chocolate moist cake kukus aumm..
harini aku nak kongsi salah satu febret resepi aku lately..
sebb resepi ni dah lama da dlm collection, cume xpernah try,
saje lah nak try kan ituari..

sekali .. auuummm rasa dia.. lembut dia.. moist dia.. lembab dia.. pergh memang sedap.

resepi ni ak dpt dri Chef zubaidah., yg biasa dekt tv1 dulu2 tu.so semantara kerajinan nak update blog bersawang ni,
meh share resepi chocolate moist ni.
dlam resepi dri chef zu dia bakar.
aku buat 22, tpi ak refer kukus, sebb dia lagi lembab.
bkar pon lembab,  tpi tepi2 dan luar kek agak kering skit.. hahaha bakarkan,. so, normalla.. :)
terpulangla dekat korang samada nak kukus ke nak bakar ke ok...


Resepi by : Chef Zubaidah
Sumber    :  My Resepi 

Bahan-Bahan

  • 100gm serbuk koko**
  • 1 tin susu  cair**
  • 200gm minyak masak/minyak sayuran/butter cair**
  • 250gm susu pekat**
  • 250gm gula kastor - kalau nak kurangkan manis, kurangkan la 
  • 4 biji telur 
  • 150gm tepung gandum
  • 1st soda bikarbonat
  • 1st baking powder


Cara-Cara

  1. Campurkan kesemua bhn bertanda ** dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak
  2. Satukan telur dengan gula dan pukul dgn mixer sampai gebu. pukul sampai betul2 gebu, putih cantik..
  3. Gaulkan bhn2 kering (tepung,soda,baking) & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
  4. Masukkan bahan yang bertanda ** yang dimasak dengan api perlahan tadi, dan putar dgn kelajuan sederhana,
  5. Masukkan ke dalam loyang, aku buat saiz 8` bulat  yg di lapik & minyakkan. @ guna shj kertas minyak. 
  6. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  7. Cover kan loyang dengan alumunium Foil untuk elak dari kena air kukusan nnti.
  8. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing @ ganache.


 untuk ganache atau topping boleh cek SINI, ak ada post rsepi seblum ni. 

SEDIKIT TIPS, 

  • Jangan asyik bukak kukusan semasa proses pengukusan kek, nnti kek merajuk xjadi. hahaha. tggu da 1jam bru bukak cek da masak ke belum dengan cucuk pakai lidi,...kalau ada yang melekat dekat lidi, tambahkan       masa lagi, bagi dia betul2 masak yob. 
  • Api jangan besar korang, kalau x nnti jadi apam mekar kek tu nnti. ak x jamin ea. hahha.
  • Jangan masukkan terlalu bnyak adunan dlam loyang, sebb nnti dia naik gebu, takut overdose.haha. 
  • Seelok eloknya separuh dri loyang tu pon okay. .. masak pon cepat..
  • Last sekli keluarkan kek bila da betul-betul sejuk. 


Semoga berjaya, 
# satu je kesimpulan aku nak bagi, rasa kek ni memang sedap. .. series!!!, tekak aku ckp memang sedap. 









Selasa, 22 Oktober 2013

Barbie Cake in the House


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah. Segala puji bg Allah atas kurniaan kesihatan dan ketenangan sehingga saat dan detik ini.. 


Post & entry kali ni sgt femanin.. Yelah barbie kan.. Mana ada boboy main2 ptung barbie ni.. Haha 
So, focus on that topic... Acctually ak sndri da agak lama mengidam menganyam nak buat kek barbie ni...

Sebb sblum ni ada pakar2 buat kek yg
post their own collection of barbie cakes ni yg mengancam dan menawan. 
Tercabar pula rasanya. Punya lama menyimpan hasrat hti nak buat tu.. Dan alhamdulillah akhirnya ia menjadi kenyataan. Walaupon simple.

Btw.. Ni jgk pertama kali bg aku berjayaa buat fondant sndri. Sblm2 ni biasa beli yg ready to roll tu je.. 
Tapi kali ni memang nekad nak buat sampai jadi. Dan once again.. Alhamdulillah. Its done.. 


Kek ni hadiah untuk anak sedara aku sempena birthday dia yg ke2 .. 
Paklong xda bnda nak bg.. Oleh dek kerana paklong kau ni ghajin nak cobe2.. 
Nila hadiah nya.. Hahaha 

Inilah sedkt koleksi untuk dikongsi :) 




Rabu, 25 September 2013

Koleksi Resepi Chocolate Ganache


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
mcm mana hari korang harini?
mudah2an baik hendaknya la yob. :)
alhamdulillah, hari ni, nak kongsi sikit resepi2 yang aku ada untuk buat topping ganache coklat atas kek dll.
ramai yg tanya, baii, apa yg dicurah atas kek yg nampak berkilat dan likat tu ek?,
ada yg try pakai coklat masakan shj,knapa lepas kuar icebox keras ?
haha,
memang keras yob, sebb pakai coklat bulat2. hangpa kena campur2kan bahan2 lain yob.. :)

sebenarnya , itulah yg dinamakan GANACHE, bnyak variasi dan resepinya,

ha... ni aku kongsikan antara yg aku ada.
semoga berguna buatkorang semua  :)






RESIPI 1



  • 300g coklat masakan
  • 200g UHT whipping cream ( jenama Anchor adalah yg biasa digunakan )
  • 1s/b Mentega

Panaskan whipping cream atas api hingga mendidih sedikit dan matikan api.

Masukkan coklat atau korang tuang je atas coklat then kacau sebati.
lastly, masukkan mentega dan sebatikan.


RESIPI 2


  • 100g coklat masakan
  • 125ml susu segar
  • 50g mentega
  • 4s/b madu/gula

Satukan kesemua bahan yang ada dan masak dengan kaedah double boiling sehingga pekat dan berkilat.



RESIPI 3

  • 300g krim putar (whipping cream)
  • 600g coklat masakan 
  • 1/2 cawan sirap glukos/madu
  • 2s/b mentega


Panaskan whipping cream sehingga hampir mendidih. masukkan coklat dan kacau sebati.Masukkan sirap glukos- lastly masukkan mentega.



RESIPI 4 (bajet kos)

50g serbuk koko
1s/b minyak
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (mgikut manis yg disukai)

Campurkan kesemuanya,panaskan diatas api perlahan sambil mengacau hingga sebati dan likat


FootNote :-
Chocolate ganache ni boleh disimpan di luar dengan suhu bilik atau di dalam peti sejuk untuk tempoh jangka masa yang agak lama. :)
so kalau korang simpan dekat luar, pastikan ditutup dengan bekas tertutup.
mana tahu, masuk lipas ke, semut ke kan. hahaha..

knpa semua resepi ada mentega?
sebb nya, function utama mentega itu ialah, untuk mengilatkan n bg cun ganache korang.
xnak letak pon xpa, its up to u.

ok. cukup perkongsian hrini,
semoga berjaya makcik2, akak2, abg2 semua, :)

Rabu, 10 Julai 2013

Resepi Velvet Rainbow Cake Kukus



Ahlan Ya Ramadhan.
alhamdulillah masih diberi nimat kesihatan dan kehidupan untuk kita bertemu ramadhan kali ni.
Sahur x pg tadi? haaaa sahur jgn x sahur, Sunnah Mulia Nabi tu yobb.. :)

untuk harini, aku nak kongsi resepi kek yang baru aku cuba buat last day.

kek GeBu, Sedap dan kalau masuk IcebOx lagila,.. xyah cakap.. terliurrrrkkkkkk habak hang.! haha. :p
jadi. untuk harini yang bercuti tu. mak2.. kakak2... abang2.. adik2.. buleh try. simple je buat dia. xde susah mana. insyaallah semua barang tu ade dekat rumah masing2. sebb basic sources je digunakan.. :) jom tengok resepi. ::

Bahan-Bahannya :

  • 5bj telur A (Dari peti ais)
  • 250gram tepung Gandum + 1s/t Esen Vanilla
  • 150ml Susu Cair -aku lebihkan sikit.bg gebu-
  • 180gram Gula halus,-kalau jenis xpernah buat kek, campak je Gula Kasar gerigil Batu tu-haha
  • 2 S/B Susu pekat Manis- Stok xde kat Rumah, pon aku xletak, seelok2nya letakla, SEDap.. :)
  • 1 S/B ovalate
  • 1/4 s/k Garam *aku x letak, sebb rasa mcm masak lauk pauk plak bergaram bagai.
  • 128 ml Minyak Jagung * Pakai je Minyak Masak, jangan pakai minyak Rambut sudah :D
  • Esen Vanilla & Perasa2 lain. _ikut Nafsu masing2 ya.
Cara-Caranya :
  • Standbykan Pengukus dan Jerangkan Air, maksud jerang ni, ( masak air )
  • okay, aku guna Loyang round (8`) , so ikut la masing2, nak guna loyang besar mana, jgn kalut na, kalau xda loyang saiz ni, guna je loyang ape2 yang ada dirumah kalian, kalau da terdesak sgt sebb first time try kan, guna je periuk nasi elektrik tu, jadi-jadi punya .
    -loyang ni ngam2 je naik cantik dia.
  • sapu sikit mentega, rata2. pakai tangan je, cepat sikit kerja tu kan. hahaha.
  • ok Mix semua bahan2 dekat tadi, kecuali minyak jagung,.
    - tapi aku mix step by step, dlm buku resepi tu dia suruh mix semua sekli.
    - telur mix dengan gula, then masuk ovalte, bru masuk susu, then tepung dan lain2.
    - biasa buat kek memang mcm ni cara dia. so da terbiasa. nnti gebu sikit kot. haha.
  • da berkrim adunan korang, baru masuk minyak, aku x guna mixer da time ni, godok pakai spatula, golek kanan, golek kiri, dan sampai sebati. yuhaaaa..!.
  • siap! next stage, bahagikan adunan kepada 6 bahagian sama banyak. sukat la pakai penimbang,kalau x de, senduk pon boleh, aala kadar jela weh,.. :)
  • 2 adunan jgn diletakkan apa2, kosong je mcm tu, putih natural.
    yang lagi 4 tu,  letak la warna dan perasa kegemaran korang ya,
    purple ke, pink ke, hijau ke, kuning dsbginya..
  • Siap semua, go throw for the next stage,
    - masukkan 1 adunan kosong xda warna tu kedalam loyang, ratakan dan kukus selama 7-10 minit....jgn biar sampai satu jam plak, alahai gamaknya apa la jadi kek tu nnti. hahaha.
    -selesai 10minti, keluarkan dan masukkan 4 adunan warna yang kita da bahagikan tadi, tuang secara berselang seli ya, ituari aku lupa nak letak selang seli, tu la marble dia x brpa nak nice.
    masukkan balik dalam pengukus then kukus selama 15-20 minit.
    *jgn tertido weh. kek jaga tu!! haha
    - last sekali, after done 20minutes, keluarkan kek, dan masukkan adunan putih natural yang last sekali, ratakan cantik2,.. sambil goyang punggung sebab kek da nak siap .. hahaha ^_^
    kukus semula ... kali ni last kukus bg la lama sikit, 30minutes, sebb da semua adunan dimasukkan.
  • sedikit pesanan penaja, sila lah kalian tutp adunan yg nak dikukus tu dengan alumunium foil. untuk mengelakkan kek dihujani peluh2 hujan kukusan tu nanti.
    kalau xde, pandai2 la cari alternative wookk..
    aku dulu2 xde stok tu, ak potong kain pelekat baru, tutup kan alas die dengan kain pelekat. hahahaha.napkin baby pon boleh, but, please make sure, kain tu bersih yob!!
    jgan guna kain yang tgh korang pkai atau da sebulan x basuh ke, ALLAH, habesla kek oiii.. hahahahahha. gila2. ____*)

    da. siapla kek ni.
    bg sejuk sebelum potong yob, jgan kalut... relaksss.
    semoga Berjaya la membuat kek ni untuk puasa pertama ramadhan kali ni.

    Man Jadda WAjada! CAiyork!!

Rabu, 19 Jun 2013

Tempahan Biskut Raya 2013 Ditutup

salamun alaik dan selamat sejahtera guys,
haa.. mesti terkejut kan dgn tajuk posting hrini,

ya itulah hakikatnya. kami da tutup order untuk tempahan biskut raya tahun ini,
hal  ini adalah rentetan dari sambutan yang amat menggalakkan dri customer dngn mengoder banyak2 dan menjadi pemborong biskut2 kami.

so, dngn dukacitanya , terpaksa la tutup order awal, takut x terbuat nnti . hehe. maklumla, urat2 tangan ni kan,, bukan macam urat2 besi mahupun wayar2 elektrik. ada had masa, kang ada yang jalan time2 puasa nnti. hehe.

tpi, untuk cus yang betul2 nak rasa biskut2 kami,, jangn risau, sebb anda masih berpeluang dengan singgah ke Kiosk kami di Umall TamanPulai Utama Johor sepanjang bulan ramadhan ini,
juga pembekal2 kami seprt Puan Sabariah Mahadi bg area Melaka, dan
Mohd Afiq bg area senai, kulai, Johor Bahru , Singapura dan berdekatan dgn Nya.

Insyaallah stok pada mereka pasti membuat anda tersenyum lebar. hehe.

ok, kami di pihak ChocoSweeties Bakery dengan kesempatan yg ada ingin mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga kita mendapat barakah dari bulan suci ini. berniaga2 juga, amalan kita jangan lupa ya, peringatan buat saya juga buat semua. :)

Jumaat, 14 Jun 2013

Biskut Raya 2013. Tempahan Mula Dibuka sekarang!!!!

Alhamdulillah, akhirnya diberi kesempatan untuk update biskut2 untuk raya tahun ni, alhamdulillah rezeki tahun ni masih diberi peluang kesempatan dan kesihatan oleh ALLAH.
to all , kalau ada yang berminat.. jangan segan2.. pm shj kami, harga yg terbaik kami bg kepada kalian . :)
















Cake Collection among 4-5 month ago.

Salamun alaik dan salam Sejahtera,
fuhh, berhabuk dan bersarang labah2 rasanya blog ni, setelah hampir, 4,5 bulan x update post.
kekangan masa yang tidak mengizinkan, semenjak bertugas sebagai guru praktikal di Sekolah la faktor utamanya, btw, harini nak share collection cakes kami sepanjang tempoh itu,
have a nice look guys :)