Rabu, 11 Julai 2012

Apam Polkadot Dot.Dot.Dot.Dot :)

Salam Penghujung Sya`ban..
dan Salam kemuliaan pendatang RAMADHAN..

buat semua yang tgh bosan atau feel free ptg2 mcm nie..
meh saya ajar sikit buat kerja berfaedah,
yang mungkin mendtangkan kelebihan kepada diri kita sendri mahupun orang disekeliling kita.. ^_^

Jom ke Dapur, Buat apam Polkadot..haha..
sebenarnya nak kongsi resepi APam Polkadot tu je :)

bahan yang sangat simple, kerja yang Sangat mudah, dan semua buleh buat,
x kira lah LELAKI, PEREMPUAN, suami, Isteri, abg, atau adik2, semua buleh cube,..
sangat senang dan Simple, dlm stu jam dah buleh Siap..

ni bahan2 yang perlu Kalian sediakan. :-

280g  Tepung gandum
150g  Susu Cair
 3 Bj   Telur * ambil dari peti ais * yg Sejuk :)
 2 s/t   Baking Powder * sy agak2 je,
220g   Gula Halus * rasa dah k dah ni. tpi kalau nak manis tambah lagi ..
1 s/t    Ovalette
1 s/t    Esen Vanilla
* mangkuk kertas secukupnya

Filling ikut Rasala..Chocolate @ Blueberry @ Strawberry terpulang selera masing2..
ikut Sy Coklat Sedap :) masukkan dalam piping bag supaya senang nak cucur kan dia nnnti.. :)

pewarna pelbagai pilihan anda sekalian.
nak bnyak warna pelbagaikan la, buleh guna pewarna biasa yg ade jual kat kedai2 tu ^_^

Cara-Cara MembuatNya  :_

Pukul Telur + Ovalette + Gula sampai kembang .. pukul dengan kelajuan Maksimum sampai nampak keputih2an dan kegebuan.haha
bila dah nampak mcm berkrim.. masukkan Tepung + Baking Powder + Susu Cair..
*tepung dgn Baking Powder tu seelok nya Di ayak dulu, baru nampak Gebu je apam nanti :)

pukul lagi, pusing2, pukul2 sampai kembang cantik dan pekat (tidak terlalu Cair)
ikut je procedure ni ..
n kebiasan para expert pun resepi mereka mcm gini jugak..
insyaallah jadi punya apam korang :)

pas semua siap, asingkan lah adunan kepada beberapa bahagian, letak pewarna yang dikehendaki  :)
masuk piping bag dan paipkan dlm mangkuk kertas..
* mangkuk kertas tu dialas dengan mangkuk plastik merah yang biasa org guna buat kueh lompang :)

atur cantik2.. paipkan sikit, pastu paipkan pula filling yang ade, tutpkan dgn adunan semula..:)
untuk dot2 tu, dot2 kan dengan warna lain

jgan takut nak dot2kan tu,berani sikit, tarukkan aje, :)
kalau rasa nak macm2 pattern desgn la ikut kreativiti masing2 :)


panaskan kukusan dulu, pas dah mendidih air kukusan baru masukkan apam yang dah ready n siap di design oleh korang..hahah
kukus selama 10.-15 minit..

siap...
keluarkan dari mangkuk acuan,
dan sedia untuk Dihidang :)

so Simple and Easy to made :)

Selamat mencuba kalian semua..  
Sdkt Perkongsian Dari pihak ChocoSweeties
moga Bermanfaat..^_^










Tiada ulasan:

Catat Ulasan